PIALA 1MALAYSIA

PIALA 1MALAYSIA

WELCOME TO WCVFC OFFICIAL BLOG

Selamat datang. Blog ini memaparkan aktiviti kelab World Cup Vision FC termasuk jadual perlawanan, keputusan, jadual latihan dan lain-lain.




Tuesday, December 15, 2009

WCVFC dalam berita: Kejohanan bolasepak 1Malaysia Junior 12 Disember ini

Pelapor: Lenny/sumber Bernama
Tarikh: 27/11/2009
Kuala Lumpur - Satu kejohanan bola sepak, berasaskan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dinamakan Piala 1Malaysia, akan diadakan di padang Dataran Timur dan Padang Jalan 10 di Petaling Jaya pada 12 dan 13 Disember 2009. Kejohanan yang menawarkan kemasukan percuma kepada 24 pasukan bagi setiap kategori pemain bawah 12 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun, itu adalah berdasarkan kepada "pasukan yang awal didahulukan". Kejohanan anjuran World Cup Vision Football Club, merupakan satu usaha bagi membantu mempromosikan bola sepak dan menyediakan tempat bagi pemain bola sepak cilik untuk menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka. Meskipun ia kejohanan percuma, World Cup Vision Football Club akan menawarkan hadiah wang bagi empat pemenang setiap kategori. Juara bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang RM3,000, naib juara (RM1,500) dan tempat ketiga menerima RM700 manakala tempat keempat mendapat RM250 serta pingat kemenangan. Memandangkan penganjuran mempunyai kewangan yang terhad, sumbangan para penaja amat dialu-alukan dan mereka yang berminat boleh menghubungi Kamal Kassim di nombor 012-2900891 untuk maklumat lanjut.

link:http://besonline.rtm.gov.my/details_BM.php?id=2457&pageno=1&field=sp_Title&order=ASC&title=Sukan

WCVFC dlm berita: Kejohanan Piala 1 Malaysia (BERNAMA)

27 November, 2009 16:15 PM
Kejohanan Bola Sepak 1Malaysia JuniorBy: Ramjit-->
kUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Satu kejohanan bola sepak, berasaskan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dinamakan Piala 1Malaysia, akan diadakan di padang Dataran Timur dan padang Jalan 10 di Petaling Jaya pada 12 dan 13 Dis.Kejohanan yang menawarkan kemasukan percuma kepada 24 pasukan bagi setiap kategori pemain bawah 12 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun, itu adalah berdasarkan kepada "pasukan yang awal didahulukan".Kejohanan anjuran World Cup Vision Football Club, merupakan satu usaha bagi membantu mempromosikan bola sepak dan menyediakan tempat bagi pemain bola sepak cilik untuk menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka."World Cup Vision Football Club ini dibentuk oleh sekumpulan rakan-rakan (pemain bola sepak veteran) yang serius mahu membangunkan bola sepak di peringkat akar umbi. Kami percaya dengan mengadakan satu landasan yang baik untuk mereka cemerlang, mereka akan membesar menjadi pemain yang baik dan satu hari kelak mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia," kata Pengerusi kelab itu Kamal Kassim.Meskipun ia kejohanan percuma, World Cup Vision Football Club akan menawarkan hadiah wang bagi empat pemenang setiap kategori.Juara bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang RM3,000, naib juara (RM1,500) dan tempat ketiga menerima RM700 manakala tempat keempat mendapat RM250 serta pingat kemenangan."Syarat asas penyertaan pasukan adalah mudah. Setiap pasukan dikehendaki membariskan pemain pelbagai kaum kerana objektif kejohanan ini adalah integrasi dan perpaduan," katanya.Memandangkan penganjuran mempunyai kewangan yang terhad, sumbangan para penaja amat dialu-alukan dan mereka yang berminat boleh menghubungi Kamal Kassim di nombor 012-2900891 untuk maklumat lanjut.-- BERNAMA

Friday, November 20, 2009

PEMBUKAAN DI SARAWAK

SATU PUSAT LATIHAN BOLASEPAK KENDALIAN WORLD CUP VISION FC TELAH DI BUKA DI DAERAH MIRI DI BAWAH KENDALIAN COACH JOE.

TEMPAT LATIHAN ADALAH DI KOMPLEK BELIA DAERAH MIRI.

KEPADA YANG BERMINAT SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN EN JOE DI TALIAN 016 8904126 ATAU 012 2900891 EN KAMAL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

PIALA 1MALAYSIA

UNTUK PERHATIAN KEPADA SEMUA,

SEMUA PASUKAN YANG BERMINAT MENYERTAI KEJOHANAN INI, DI KEHENDAKI MENYERAHKAN SENARAI PEMAIN BERSERTA NO K/P DAN TARIKH LAHIR KEPADA PIHAK PENGANJUR SELEWAT-LEWATNYA PADA 30 / 11 / 2009 UNTUK PENGESAHAN PENYERTAAN. SEBARANG KELEWATAN DAN KEGAGALAN BERBUAT DEMIKIAN ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA. SILA EMAILKAN KE ALAMAT kamal_wcvfc@yahoo.com atau rapheydhillo@yahoo.com atau fax 03

KONSEP SIAPA CEPAT DIA DAPAT DI GUNA PAKAI BUAT MASA KINI.

SEMUA PASUKAN YANG TERLIBAT SILA DATANG UNTUK PENGUNDIAN PADA TARIKH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH : 5 / 11 / 2009
HARI & MASA : SABTU - 4 PETANG
TEMPAT : KOMPLEK RAKAN MUDA PUCHONG

Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI DARI TEAM PENGURUSAN WCVFC





Collection From yummyflashy.blogspot.com


Monday, August 3, 2009

NOJFL : PENCARIAN BAKAT BARU U-11

WCVFC akan mencari bakat-bakat baru dalam meneruskan cabaran Liga NOJFL bawah 11 tahun yang akan bersambung pada 24.10.2009. Sesiapa yang berminat boleh hadir 8.30 pagi, hari Sabtu dan Ahad di padang awam sek 3 Bandar Kinrara. Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung terus di talian ini 012-2900 891 atau 012-3530 891 dan 019-652 5798.

Sunday, August 2, 2009

NOJFL : Perlawanan terakhir

Perlawanan terakhir WCVFC dalam NOJFL telah berlangsung pada 2.08.09. Liga akan berehat panjang sempena kedatangan bulan Ramadan, Hari Raya Aidil Fitri dan Depavali. Liga akan di sambung semula pada 24.10.09.

Dalam perlawanan pertama menentang Pasukan MBJ United, WCVFC mempamirkan semangat juang yang kental, serangan demi serangan di atur untuk mendapatkan jaringan kemenangan namun ketangkasan penjaga gol MBJ United menidakkan kemenangan untuk WCVFC dan keputusan seri 0-0 pada akhir perlawanan.

Perlawanan kedua yang berlangsung pada pukul 1.30 tengahari menentang Akedemi Soccerkid menyaksikan pemain-pemain WCVFC hilang punca dan layu serta hilang semangat juang yang menyaksikan WCVFC tersungkur 0-2 di tangan Akedemi Soccerkid.